Yang jauh tetap dekat di hati

Semalam temankan kawan, ada urusan dengan bank. Lama juga tunggu dalam kereta. Tangan gatal, belek nombor-nombor lama dalam handphone. Ada satu nama yang memang dah berabad aku simpan, sejak aku pindah sekolah dulu. Sebelum ni, pernah cuba hubungi dia, tapi ada saja halangannya. Kali ini, aku tekad. Aku terus dial nombor kawan aku ni.

Alhamdulillah, jodoh aku dengan dia memang ada. Ibunya yang menjawab panggilan aku dan memberikan aku nombor telefon bimbit anaknya. Tanpa berfikir panjang, aku dial nombor telefon bimbitnya pula. Malangnya tak berjawab.

Sedih, kecewa, hampa!

Bila dah sampai ke opis, dapat panggilan dari dia. Malang sekali lagi, dia tak ingat aku. Aduh... apalah dosa aku agaknya sampai dia 'terlupa' kat aku. Tapi, aku pun tak boleh nak salahkan dia, dah 13 tahun pun tak berhubung.

Dalam 13 tahun ni, banyak yang berlaku. Dia yang aku kenal sebagai budak yang paling kelakar, pemurah (sebab selalu belanja jajan kat asrama dulu) dan orang yang paling sempoi. Sekarang dia sudah bergelar seorang pendidik. Bertuah betul anak-anak murid dia. Aku turut gembira bila dapat tahu yang dia sudah pun mendirikan rumahtangga.

Kepada temanku... Najiah Mohamad Samsi (dulu dia suka sangat panggil nama dia NMS!)
Selamat Pengantin Baru... semoga kekal sehingga akhir hayat.
Kalau ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah kita akan bertemu lagi.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku