Buat Aku Tersenyum



Orang dulu-dulu pernah berkata, jika hari dimulakan dengan senyuman maka sepanjang hari, perkara yang baik-baik sahaja yang akan berlaku. Pagi tadi, aku berbincang dengan ketua editorku tentang kegagalanku menghadirkan diri ke pejabat ketika waktu kerja.

Aku nampak kegusaran di wajahnya, tetapi dia katakan padaku yang cuti-cutiku itu diluluskan dan kira langsai. Bertuah aku rasakan tatkala itu. Kalau di tempat lain, mahu saja surat berhenti dilayangkan di atas meja. Terima kasih banyak-banyak kepadanya kerana memahami dan sekaligus membuatkan aku tersenyum.

Kemudian, para sahabatku yang tak putus-putus bertanya khabar. Fatimah dan juga Harvindar. Memang mereka sentiasa memberikan kata-kata untuk mengembalikan kegembiraanku.

Kala tengah hari, aku sengaja tidak keluar makan (dah kena mula bertapa!). Aku cuma makan roti kismis yang dibelikan abah. Alhamdulillah, kenyang juga perut dibuatnya. Di waktu ini, aku cuba mengalihkan fikiranku dengan mencari lagu-lagu yang boleh membuatkan aku terhibur dan tersenyum.

Memang nasib menyebelahi aku. Setiap lagu yang aku ingin dengar, berjaya aku cari. Termasuklah sebuah lagu Norway dengan tajuk Alvedan. Bahasanya tidak aku faham, tetapi lagunya memang mengkhayalkan.

Menjelang petang, aku berpeluang pula bersembang secara cyber dengan Airul dan Shaima(kawan mayaku dari Dubai). Aku paling tak boleh lupa kata-kata yang diberikan oleh Airul. Terima kasih dik, kau benar-benar buat akak tenang tadi.

Kemudian, beberapa minit sebelum balik, ketua editorku memberi 3 naskah majalah (berkisarkan kereta semestinya!), dan yang paling aku suka adalah majalah kereta kerana ada Mat Kacau. Kali ini, tangan dan biji mataku tak lepas memegang dan membaca setiap isi kandungannya. Ya! Aku bukan setakat senyum, malah turut ketawa sorang-sorang. Mujur, aku masih mampu mengawal diri. Kalau tidak, pasti bergegar meja di hadapanku.

* Kata orang, lebih banyak kita ketawa, lebih banyaklah sedih yang sedang disembunyikan. Bagi aku pula, ketawa itu penawar duka. Kalau dengan ketawa boleh buat kita lupa tentang kesedihan kita... tak salahlah. Yang penting, kita tidak terus dibelenggu dengan perasaan negatif terhadap diri sendiri.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku