Demi aku berjanji...


Aku dan Fatimah...
2 manusia paling PELIK/ABNORMAL!!!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Jiwa dan fikiran tak tenteram. Asyik memikirkan keputusan yang bakal aku terima. Seperti biasa, abah menawarkan diri untuk menghantar aku ke hospital. Kali ini aku terpaksa menolak. Mungkin, kalau siap awal, aku boleh terus ke pejabat. Maklumlah, semalam aku tak datang kerja. Ada masalah keluarga sikit. Umi pula siap beri kata-kata semangat. Supaya aku bertenang untuk terima keputusan itu dan jangan lupa beritahu dia sejurus sahaja dapat keputusan.

Aku sampai ke hospital dalam pukul 8.40 pagi. Awal betul. Dalam perjalanan nak sampai ke hospital, Fatimah sms. Lega sikit hati ini. Malah, sms Airul pun aku dapat. Cuma ayat yang berlainan makna. Aku terus menuju ke kaunter. Ambil nombor untuk pendaftaran. Sebaik saja menyerahkan kad temujanji berwarna biru, jururawat bertugas kata...

"Eh, awalnya datang. Temujanji awak ni pukul 10, kan? Pergilah makan-makan dulu ke,"

Tujuan aku datang awal, sebab nak balik awal. Lagipun, aku datang ke sini semata-mata nak dengar keputusan. Bukannya buat pemeriksaan. Tak apa, aku hanya senyum dan berlalu pergi sebaik saja menerima nombor giliran 3013 (dan ketika itu nombor giliran dipanggil adalah 2001). Aduh! Jenuh menunggu dan aku memang tak suka menunggu. Oleh kerana tidak mahu diri dibelenggu kebosanan dan kerisauan, aku melangkah keluar dari lobi dan menuju ke satu kawasan yang tidak ada orang. Aku buat panggilan kepada Fatimah.

Nasib baik ada Fatimah. Dia sedang bersiap-siap, tetapi tetap sabar melayan aku. Mungkin dia faham, ada sesuatu yang terbuku dalam hati yang tak terluahkan tempoh hari.

"Sabar sajalah kak Shai, lainkali kau baca betul-betul waktu temujanji tu," nasihatnya padaku.

9.30, aku naik semula ke lobi. Terkejut beruk aku dibuatnya bila lihat di papan merah yang nombor giliran sudah melepasi nombor aku, 3022. Aku meluru ke kaunter dan bertanya kepada jururawat yang masih melayan pesakit lain.

"Maaf, nombor saya dah terlepas," kataku sambil tersenyum.

"Duduk dulu, kami panggil nanti," katanya tanpa memandang mukaku.

Apalah nasib? Kalau aku tak dengar kata-kata satu jururawat tadi, aku akan duduk saja di situ. Tunggu dengan sabar. Aduh. Beberapa minit kemudian, nombor aku dipanggil. Dan berjalanlah aku menuju ke klinik pembedahan am. Terlalu ramai orang sampai ke luar. Aku terpaksa berdiri dan tunggu di luar pintu sambil memasang telinga takut-takut terlepas nombor giliranku yang baru, 2010.

Mahu 2 jam juga aku berdiri. Penat kaki, jangan cakaplah. Lebih penat dari latihan di Putrajaya dulu. Semasa ukuran berat dan tekanan darah diambil, aku sempat bertanya kepada jururawat yang sudah kukenali sejak pertama kali kaki kujejak di klinik itu.

"Ramai betul pesakit hari ini?" soalku.

"Esok lagi ramai, tapi itulah. Doktor yang lambat. Turun pukul berapa? Masuk pula, makan-makan dulu, macam-macamlah. Pesakit ramai...," katanya, meluahkan rasa. Aku faham sangat.

Sebelum tiba giliran aku, Harvindar buat panggilan. Aku senyum sahaja. Kali terakhir aku bercakap dengan dia, minggu lepas dia maki-hamun aku sebab tak beritahu. Hari ini, kemarahan dia dah reda dan dia siap beri kata-kata semangat beserta amaran - beritahu keputusannya.

Pukul 12.30, barulah aku berkesempatan masuk berjumpa doktor. Semua doktor perempuan 3 kaum. Sejuk mata memandang - 1 Malaysia betul. Si gadis melayu tekun membaca keputusan, si gadis cina memberitahu keputusan dan si gadis india, membawa kad temujanji keluar.

Tunggu surat cuti yang diberi pun makan masa setengah jam. Pukul 1? Aduh. Malaslah aku nak fikir. Kaki dah kebas berdiri saja. Sebaik saja dapat surat cuti itu, aku terus menuju ke tempat kereta. Mulalah sesi panggilan kepada mereka yang sentiasa menantikan panggilan dari aku. Pertama-tama sekali, tentulah umi dan abah. Kemudian barulah kawan-kawanku, Harvindar dan Fatimah. Aku tak mahu telefon Ayshah dan Azwa sebab mereka tengah berkerja.

Keluar hospital pukul 1.30 dan dah alang-alang lewat ni, aku pecut kereta sampai Kuala Lumpur. Aku ambil kesempatan hari ini untuk mengambil gambar konvo yang dah berkurun siapnya. Untuk menemani aku, aku bawa sekali Fatimah. Dan bila Fatimah bertemu Shahaini, terbalik dunia pun boleh. Tak sedar masa berlalu. Tepat pukul 3.30, pecut pula dari rumah Fatimah ke ASWARA.

Pelik dan ajaib betul! Tak pernah-pernah aku lihat ASWARA begini. Maksud aku, pejabat buka sampai pukul 4 (kebiasaannya masa aku belajar dulu pukul 4 dah tak ada orang!) Bila aku dapat gambar itu, rasanya nak bakar pun ada. Kenapalah pose aku macam itu? Entahlah. Susah aku nak cakap. Ada nampak macam bangga diri, berlagak dan tak percaya. Huduh betul!


Antara pose yang paling BANGANG dari aku...
aduh!!!

Sebelum balik, aku cakap dengan Fatimah.

"Jom kita makan KFC,"

"Mana boleh? Kau ingat hati kau tu. Jangan sampai melarat," katanya pula.

"Ini kali terakhirlah Fatimah. Lepas dari ini, berpuasalah aku sampai 3-5 bulan, jomlah," pintaku.

Fatimah hanya senyum dan sempat juga kami merembat gula-gula lolipop.


Malu-malu pula akak sorang ni...


Buruknya perangai... ish ish ish

"Kau memang dah buang tabiatlah kak Shai. Tak pernah-pernah makan lolipop, hari ini pula kau menyungkah gula-gula ni,"

"Teringin, nak buat macam mana?" kataku sambil tersenyum nakal.

Pukul 7, baliklah aku ke pangkal jalan. Dalam hati aku memasang azam dan ini juga janjiku kepada mereka yang sentiasa menyelitkan namaku dalam doa mereka. Insya-Allah, aku harus melakukan transformasi pada diri. Untuk umi, abah, Along, Ayuz, Miqhail, Harvindar, Fatimah dan semua yang selalu mendoakanku. Aku janji...



Tak ada kerja lain nak buat?
Bergegar KFC dengan suara hilai tawa Shai-Timah

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku