Salam Ulangtahun.... temanku

Bukan sehari dua aku kenal dia. Masuk tahun ini, sudah lapan belas tahun usia perkenalanku dengannya. Dia merupakan antara insan yang paling istimewa dalam hidupku. Padanya, aku boleh cerita hampir segala-galanya. Dia menerima segala kekurangan dan kelemahan yang ada padaku. Begitu juga sebaliknya. Tidak kira apa juga yang berlaku, Insya-Allah aku akan sentiasa ada bersamanya sepertimana dia selalu ada untukku.

Insan yang aku maksudkan ialah Ayshah, atau nama penuhnya Norayshah Tahar. Sahabatku sejak zaman kanak-kanak. Perpisahan sementara, membuatkan hubungan ini menjadi semakin utuh. Segala-galanya telus bila aku berbicara dengannya. Di hari istimewa untuk dirimu, kuucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dipercepatkan jodoh.



* Tak jumpa, tapi kau selalu di hati. Aku sayang kau.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku