Sesi Cuci-cuci...

Rasanya, orang pun dah naik bosan kalau aku asyik tulis pasal perasaan, emosi dan yang boleh bikin hati parah. Jadi, hari ini aku nak tukar sikit mood blog aku ini yang aku rasa sejak dua tiga hari kebelakangan ini, sangat murung.

Balik pun dah lewat. Malas nak terus berkejar masuk ke bilik buat kerja. Hari ini rasanya nak berehat pula. Mulanya, umi yang buka saluran Astro. Ada cerita Awan Dania. Teringat pula satu ketika dulu aku pernah buat temuramah dengan Scha ini. Memang sempoi lakonan dia dalam Awan Dania. Tersenyum seketika aku dibuatnya.

Selama ini, aku tak melayan pun drama-drama di Astro mahupun saluran lain. Tetapi, disebabkan keletihan aku tengoklah. Tak tahu pula selama ini ada Jehan Miskin. Aduh! Aku ini, bukan senang nak melekat depan peti televisyen. Tapi, bila nampak saja si Jehan ini, tak sangka pula sofa rumah tu ada gam gajah. Kuat betul, sampai tak terbangun-bangun aku dibuatnya. Apa lagi, melayanlah aku tengok Awan Dania. Seronok juga, mungkin sebab Jehan agaknya yang buat aku seronok sangat. Entahlah.


Satu-satunya hero Malaysia yang Macho
(bagi akulah....hihihi)

Kemudian, gatal-gatal tangan. Beralih pula ke saluran RTM. Lagi pening aku. Tak sangka-sangka ada drama lakonan Zulhuzaimy. Satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat, terutama sekali lakonannya. Rupa itu, kira bonuslah. Aku teringat pula masa terserempak dengan dia masa belajar di ASK dulu. Masa itu, dia datang melawat Pak Nasir. Kalau ikutkan hati, masa tu aku nak aje ikuti kelas wayang kulit,(walaupun aku punya kelas wayang kulit dah lepas) semata-mata nak tengok dia pukul gedombak dan bantai geduk. Kenangan, semuanya kenangan.


mula minat dia dalam rancangan riak-riak remaja
(kalau tak silaplah)

Yang ini pula, percubaan aku buat poster. Sebenarnya masa aku buat ini jiwa tengah kacau (Ahad lepas). Tak tahu nak luahkan macam mana, jadi aku buatlah benda ni. Saja suka-suka. Suka-sukahatilah nak suka atau tidak sebab yang pentingnya, aku suka. Poster yang aku buat ini untuk video muzik (aku buat juga) yang aku dah muat-naik (upload) dalam tiub-anda (Youtube). Kalau rasanya nak jenguk-jenguk apa ceritanya, klik di sini. Aku buat sekadar suka-suka (dah lama buat, masa masih belajar kat Aswara dulu, aku ubah sikit-sikit dan barulah letak dalam youtube). Kalau nak cakap aku gila, lantaklah. Dah ini saja caranya aku boleh lepaskan tension(geng Vival Il Divo tahu sangat tabiat aku yang satu ini).



Jadi, itu saja yang aku nak kongsi. Bukan senang aku nak melekat depan televisyen. Tapi disebabkan dua hero ini, aku memecahkan peraturan yang kutetapkan pada diri sendiri. Esok, aku kena hadapi satu lagi ujian. Keputusan ujian yang aku jalani di Hospital Sg Buloh. Aku harap tak ada apa-apa yang serius. Insya-Allah.

* Kalau ada Azhar Sulaiman, tak tahulah apa jadi kat peti tv tu... hehehehehe

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku