Pilihan Hatiku seorang RAJA DRAMA?

Opps. Jangan terpedaya dengan tajuk entri ini. Bukan insan yang hidup dengan tipu muslihat pilihan hati aku, sebaliknya lirik lagu nyanyian Black dan kumpulan Meet Uncle Hussain. Macam biasalah, setiap kali adanya Anugerah Juara Lagu pasti ada yang buat tekaan sendiri. Hakikatnya, sepanjang tahun rancangan Muzik-muzik ditayangkan di TV3, sekali pun tak pernah aku tengok. Adakah itu penting? Tidak.

Kebetulan Ahad lepas, aku selesai tugas menyiapkan proposal. Sumpah. Pening juga kepala aku dibuatnya. Memikirkan tajuknya sahaja kepala aku dah kebas. Aku harap sangat projek yang ini diluluskan dan diterima. Ya, percubaan untuk stesen lain. Tentunya pengalaman baru untuk aku. Aku juga 'paksa' diri siapkan sebuah cerpen dan menambah sedikit bilangan mukasurat pada manuskrip-manuskrip yang terbengkalai. Mungkin dalam dua ke tiga mukasurat. Sumpah (haih, sekali lagi? Takkan tak tahu, Malaysia memang terkenal dengan sumpah-menyumpah ni, betul tak?) Otak aku dah sesak. Jadi, aku beri ruang untuk diri sendiri. Berehat.

Merehatkan diri dengan mengadap tv bukan satu perkara yang sihat. Itu sekadar alasan yang aku buat. Senang cerita, aku nak tahu adakah lagu kegemaranku tahun ini, Raja Drama (Drama King) ciptaan TAJA dan TUN TEJA ini menang atau tidak. Ciptaan yang memang MANTAP. Sekali lagi ya, ciptaan Taja dan Tun Teja. Teringat kata-kata arwah pensyarah aku yang memesan, penting untuk penulis dan pencipta lirik itu diberitahu kepada umum. Lagu wujud kerana pencipta bukan penyanyi!

Baiklah, kembali ke tujuan asal entri ini aku isi. Kenapa aku minat lagu ini? Mungkin disebabkan aku pernah ditemukan dengan sejumlah bilangan manusia yang boleh digelar sebagai Raja Drama (bukan boleh, tetapi MEMANG Raja Drama). Jujurnya, aku suka perjalanan liriknya. Kalaulah di kelas dulu, pasti aku akan bawa lagu ini untuk dibincangkan dengan kawan-kawan. Semestinya juga dengan pensyarah kesayangan aku.

Aku tak boleh ulas banyak tentang lagu Ana Raffali. Kali pertama aku dengar lagu itu pun di AJL 25. Apa yang boleh aku cakap, aku suka persembahan Ana Raffali. Serasi dengan lirik. Mudah untuk difahami. Aku suka. Jadi, bila lagu itu dinobatkan sebagai juara, aku tak hairan sangat. Cuma, kenapa vokal Black tak berjaya menjadikannya sebagai juara Vokal Terbaik?

Apa-apa pun keputusan juri muktamad.
Bila muktamad maksudnya, tidak ada debat.
Baik terima saja, kalau tak kena hambat.

*Kenapa aku minat lirik Raja Drama? Baca liriknya. Aku sahaja yang tahu betapa benarnya setiap bait lirik lagu ini. Aku khaskan entri ini untuk berterima kasih kepada semua raja-raja drama yang pernah aku kenali (itu pun kalau ada yang menjenguk). Kalianlah punca aku jadi lebih hati-hati mencari kawan.






Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama, mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu

Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati mu jahat
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat


Ayat yang sengaja aku tebalkan itu menandakan ciri-ciri para Raja Drama yang pernah singgah dalam diari hidup seorang aku. Terima kasih atas segulung pengalaman yang telah 'sudi' anda berikan. Teruskanlah berdrama.

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku