Mencuri sekeping kenangan di Pangkor

Tahun ini, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, kami sekeluarga bercuti-cuti Malaysia. Haik, Malaysia saja ker? Hehehe. Insya-allah, ada rezeki kami cuti-cuti luar Malaysia pula ya. Sebenarnya, kisah di Pangkor ini agak jauh jaraknya dengan tarikh hari ini. Maklumlah, banyak tugasan yang perlu diselesaikan dulu sebelum meluangkan masa merangkak semula ke dalam gerbang ingatan. Mencungkil segala emosi yang terlahir sepanjang berada di Pangkor.

Pangkor bukanlah destinasi pertama dalam senarai. Kalau boleh, memang tak mahu pun cuti-cuti dekat dengan pantai. Hmmm. Ya. Aku masih fobia mengenangkan hal Tsunami. Tapi, semasa aku bercuti di Pangkor, Jepun masih belum dilanda Tsunami. Cuma ingatan yang kuat masih berbekas tentang bencana yang sama pernah melanda Acheh dan beberapa kawasan di Malaysia hujung tahun 2004.

Aku diberikan tugasan untuk memilih tarikh, mencari lokasi dan tempat penginapan bagi percutian famili kali ini. Mulanya, aku tetapkan untuk bercuti-cuti pada hari perayaan tahun baru cina dan destinasinya pula, Tanjung Bidara. Ya. Aku pernah bercuti di situ. Tempat yang indah dan suasananya masih jelas tergambar di mataku. Malangnya, ketika aku menghubungi tempat yang berkenaan, panggilan tidak berjawab. Lebih teruk lagi, semua kawasan penginapan PENUH! Hahaha. Padan muka. Dah tahu cuti tahun baru cina tahun ini lama, tentulah ramai yang bercuti. Bila sudah ramai yang bercuti, tentulah tempat penginapan penuh.

Aku usulkan pula cadangan kepada ahli keluarga yang lain supaya cuti dilarikan tarikhnya pada 11 Februari. Kebetulan, semasa aku menghubungi kawasan penginapan, mereka memberitahu bahawa tarikh ini ada kekosongan. Memandangkan resort tempat kami pernah menginap di Tanjung Bidara seakan sepi kerana panggilan aku tidak dijawab, aku pun mencadangkan agar percutian kali ini di Pangkor. Ya. Satu tempat yang pernah kami lawati beberapa tahun dahulu. Semasa aku masih lagi berambut pendek. Tidak bertudung dan... selalu suka buat hal sendiri. Hmmm. Rasanya, sampai sekarang pun aku suka buat hal sendiri. Syok sendiri pun, ada juga! Hahaha.

Apabila cadangan aku dipersetujui, maka masing-masing memohon cuti dari majikan. Alhamdulillah. Cuti diluluskan.
HARI PERTAMA DI PANGKOR

Tak aku nafi, perasaan setiap kali tiba saja percutian, akulah yang paling gembira, teruja dan macam-macam lagi. Dua buah kereta digunakan untuk mengangkut kami sefamili ke Pangkor. Tidak menggunakan lebuhraya, sebaliknya abah memilih untuk menggunakan jalan kampung. Dari Kuala Selangor. Wah. Memang seronok. Jalan yang berpusing-pusing sambil dihiburkan penghuni setia hutan. Beruk.

Kami tiba di Lumut sekitar 1 tengah hari. Sebelum menaiki feri, masing-masing menunaikan kewajipan, mengisi perut yang lapar. Bukannya tidak mahu berhenti di kedai-kedai makan di sepanjang perjalanan. Malah, beberapa kali juga mata tergoda dengan papan tanda 'Nasi Ambeng'. Semua itu perlu dilupakan kerana mahu segera sampai ke pulau itu.

Selesai mengisi tong perut masing-masing, bergeraklah 7 manusia dengan gagahnya ke pelabuhan. Namun, si kecil Mierza mula meragam. Entah. Tiba-tiba saja dia menangis tak berhenti. Along terpaksa memujuk si kecil. Manakala yang lain berkawal menjaga keselamatan si Miqhail. Maklumlah, budak ni semakin nakal. Lasak pulak tu. Jadi, perlu berhati-hati. Tambah pula ketika itu di pelabuhan. Faham-faham sajalah. Aku? Ada tugasan lain yang aku galas. Mencari kenderaan untuk memudahkan pergerakan kami di pulau itu nanti. Pandai orang pulau cari duit. Nasib. Apa-apalah, yang penting semua gembira. RM MELAYANG LALALALA...



sibuk buat panggilan ke seberang...Pangkor


Ini feri yang kami naiki...

pemandangan yang boleh dilihat pada bila-bila masa


Raja dan Ratu di hatiku...


Mierza... kejutan atau terkejut?


si abang tak heran melihat adik buat perangai
(sebab dia pun nak buat jugak!)


kenapa nak oi? Mama kan ada ni...


Feri yang kami naiki jauh berbeza dengan yang pernah kami gunakan beberapa tahun dulu. Lebih selamat. Isi dalamnya, seperti kapal terbang. Selesa dan luas. Sayangnya, aku tak dapat lihat pemandangan luar dengan jelas sebab cermin tingkap di sebelahku ditampal plastik unggu. Mengganggu!


tengoklah si nakal ni... dalam feri pun nak buat nakal


menjalankan tugas sebagai adik dan ibu saudara ya...

abah memang suka sangat buat pose macam ni


Umi, jangan risau... sekejap aje ni


senyuman gadis tunangan orang

Sampai sahaja di pelabuhan, kami disambut beberapa pekerja yang bertugas di pelabuhan. Seronoknya. Bertambah seronok melihat pembangunan dan perubahan pulau ini. Tanpa membuang masa yang banyak, kami pun menuju ke tempat penginapan, Purnama Beach Resort. Apa yang menarik dengan tempat penginapan ini? Kami menginap dua bilik berasingan, tetapi ada sambungan di tengah-tengahnya. Secara tak langsung, lebih luas dan memudahkan kami berhubung dengan famili Along. Hihihi. Terutamanya, anak-anaknya.


Bilik kami...damai, nyaman dan selesa...lalalala...


Sepertimana biasa, kami berehat. Tetapi, abah memang tak boleh duduk diam. Petang itu juga dia sudah keluar mencari makan petang. Apa-apa pun, terima kasih abah. Kalaulah abah tak beli makanan, mahu juga kelaparan dibuatnya. Lalalala.....

Waktu malam, selepas solat isyak, kami sekeluarga menuju ke kafe Purnama Beach Resort. Makan besar bersama-sama sempena menyambut ulangtahun abang Zamri. Selepas makan-makan, pulang semula ke bilik masing-masing. Aku, abah dan Ayuz sempat menjejakan kaki sebentar ke tepi pantai di mana ada gerai-gerai yang beroperasi. Lebih menenangkan apabila lagu yang dimainkan adalah dendangan Maher Zain. Bertambah damai. Cuma yang tak damai, harga sepinggan kerang. Berapa? Hahaha. Ini di pulau, pasti harganya tidak sama dengan di darat. Faham? Lalalala...



waktu makan bagi kami, dan waktu tidur untuk Mierza...ish ish ish

BAHANA TELEFON BIMBIT SEWAKTU CUTI-CUTI
(tiada ketenangan...lalalala)


muka senyum, maklumlah... baru bertunang


Penangan twitter! KETAGIH

Bola...bola...bola!


menung jauh...


masih terus tersenyum....

Abah sempat berbual dengan salah seorang peniaga di situ. Antara yang menarik perhatian aku apabila abah bertanyakan tentang sambutan pelancong ke Pulau Pangkor semasa perayaan tahun baru cina yang lepas. Abang itu pula tidak keberatan untuk memberitahu, memang sambutan amat kurang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Malah, dia juga ada mengatakan bahawa tarikan Pulau Pangkor, feri akan dihentikan. Sebagai mengganti feri, sebuah jambatan akan dibina untuk menyambung Pangkor dan Lumut. Hmmm.



suasana malam Pangkor

"Penduduk tak mahu guna feri lagi sebab susah. Kalau boleh mahukan jambatan, senang kerja. Tapi, ramai yang kata feri punca pelancong datang. Entahlah," ujarnya sambil mengipas-ngipas kerang yang sedang dibakar atas dapur.



lengang...

Aku diam dan terus berfikir. Adakah itu alasan sesuai untuk menolak permohonan pembinaan jambatan di Pangkor? Hmmm.


sunyi...


damai...

Letih masih berbaki. Sebelum tidur, sempat menonton filem. Seronok juga sambil bercuti melayan filem. Apatah lagi kalau filem itu The Princess and The Frog. Abah dan abang Zamri pula melayan bola sepak. Sebelum benar-benar lemas dalam lena, abah dan aku sempat membuat perancangan untuk destinasi yang bakal kami lalui. Yihaa!




orang tidur, dia berjaga... ish ish ish


HARI KEDUA DI PANGKOR


Bangun awal pagi. Celik mata, aku dan abah mula menapak, mencari makanan untuk kami satu famili makan. Seronok lihat gelagat orang-orang pulau. Lebih seronok lihat menu yang tertera. Hmm. Aku di Malaysia ke atau negeri Eropah? Apa-apa pun, aku dan abah pesan makanan tradisi... nasi lemak berulamkan air teh. Teh tarik. Tak panas dan taklah sejuk. Suam-suam saja. Harga? Lalalala...

Kami juga membungkus makanan untuk sarapan pagi ahli-ahli lain yang sedang bersiap. Selesai makan, kami pun mula bergerak. Siapa perlukan pemandu pelancong kalau sudah ada kenderaan dan GPS? Hahaha. Jadi, aku tak mahu bercerita panjang. Biar gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.


fakta sejarah...

gaya 3 generasi...


mereka bersama tentera kenit...hahaha

gaya patah pinggang, 'trademark' Ayuz sejak kecil


classy... abah dan umi

Seronok sangat dapat melawat kawasan tinggalan sejarah di Pulau Pangkor. Terletak di perkampungan nelayan, adanya Kota Belanda. Bagi menjadikan kawasan ini lebih menarik, ada beberapa penambahan yang dilakukan termasuklah hiasan meriam. Meriam yang telah disalahgunakan oleh Miqhail, aku dan Ayuz. Ish ish ish.




gaya ala-ala comel Miqhail...

ish ish ish...


Angah pun sama jugak...



Along dan Mierza... tak mahu ketinggalan


Ayuz pun...


Setelah itu, kami memburu lagi kawasan menarik di sini. Mujur ada peta kecil yang dibekalkan ketika kami mula-mula sampai di Pangkor. Destinasi seterusnya, Taman Fu Lin Kong. Ada cerita lucu di sebalik pencarian tempat ini. TIDAK ADA PAPAN TANDA ARAH. GPS pun sukar untuk mengesan sehinggalah kami tersesat masuk ke dalam kawasan perumahan. Hahaha. Jadi, kami mengikut pepatah orang lama-lama. "Malu bertanya, sesat jalan."

Dengan muka kurang segan, aku menawarkan diri bertanyakan kedudukan sebenar Taman Fu Lin Kong itu. Seorang makcik menjaga gerai menunjukkan arah jalan. Aku agak kurang jelas, tapi satu sahaja yang dia kata.

"Pandang jalan biru ni... sampai ada bukit. Tak lari mana-mana lah tu,"

Jalan biru itu maksudnya, tar. Aku menyimpan info itu dalam data simpanan otak aku. Mujur masih ada ruang dan aku sampaikan maklumat itu kepada abah. Sepanjang perjalanan, hanya sekali papan tanda yang kami jumpa. Selepas itu? HILANG. Ghaib. Entah dimakan naga-naga atau memang lupa diletak? Lalalala....

Abah memandu dengan mendengar arahan dari suara minah seksi GPS. Ada beberapa kali dia menukar arah. Jadi panduan yang kedua? Teksi (van) merah jambu. Teksi khas Pangkor. Malangnya, bukan kami yang mengekori teksi, tetapi teksi yang mengekori belakang kami.

"Selagi teksi ada kat belakang kita, kira tak sesatlah lagi ni," kata aku.

Dalam sibuk mencari papan tanda, kelihatan dua pelancong asing sedang berbasikal. Ajaib, pelik atau cerdik? Aku sarankan agar abah mengekori basikal itu. Ya. Kami ekori mereka. Maklumlah, mereka naik basikal. Kelajuan pun taklah sampai tahap kereta Myvi aku. Perlahan-lahan tapi pasti. Pasti tak sesat. Masuk ke satu simpang, kami ditemukan dengan papan tanda yang aku kira perlu ditambah kaca pembesar bagi memudahkan pelancong membaca perkataan yang tertera 'TAMAN FU LI KONG'. Sudah dapat petunjuk, maka abah pun perlahan-lahan memintas kedua-dua pelancong tadi. Aku mengucapkan terima kasih, sekadar dalam hati. Hihihi.


Taman Fu Li Kong

Depan tokong...


pemandangan dari sisi tokong...


tengoklah si Miqhail tu...


Jejaka cilik Malaya...


sesi fotografi bersama Ayuz dan Miqhail...hmm


aku suka gambar ni


usaha tangga kejayaan... Miqhail menarik aku sekuatnya


Abang Zamri dan Miqhail...


aku sendiri tak pasti, apakah objek-objek ini


Monyet di Taman Mini


Batu besar...bukan di depan, tapi belakang ya. Hehehe


Tembok besar cina yang kami cari terletak dalam tokong cina. Tapi, tembok besar itu bukan dibina di dalam tokong, sebaliknya di sepanjang bukit di bahagian belakang tokong itu. Peluang ini aku ambil untuk memahatkan memori secara visual. Ayuz, membawa kameranya dan mulakan tugas menangkap gambar. Syabas. Cantik-cantik. Er... maksud aku, kualiti gambar dan sudut yang diambilnya. Bukan model tidak bertauliah yang ada di dalam gambar (akulah tu!). Dari sini, kami bergerak lagi sambil-sambil cuci mata dengan keindahan alam. Subhanallah.





cuba mengulangi kecomelan...


Mierza berubah jadi gelap...


layan ajelah kerenah sorang budak ni...


menggapai...?


Teringat siapa agak-agaknya tu...


Dahaga sangat pulak budak kecik ni...



Tak sangka, pulau Pangkor ini kecil sangat. Dulu, aku rasa macam besar sangat. Mungkin, sebab dulu, aku datang pun umurku masih kecil. Semua nampak besar. Mungkin. Jadi bila dah dewasa, sekejap saja sudah kami pusing satu pulau. Habis satu pulau dironda, habis juga fulus. Maksud aku... RM MELAYANG, MELAYANG. Nilai makanan untuk makan tengah hari di sebuah kedai makan nasi campur bersamaan dengan makan di Restoran Nelayan. Agak-agak, berapa ya? Bukan kerana itu saja, mata juga perlu dipersalahkan kerana bersikap rambang. Beli itu, beli ini. Untuk kenangan dan kenangan. Makanan boleh jadi kenangan? Hmmm. Itu untuk mengisi perut, bukannya kenangan! Kami pulang sebentar untuk berehat sebelum menyambung jadual yang seterusnya.

Menjelang petang, kami sekeluarga ke tepi pantai. Ya. Buat julung-julung kalinya, aku mahu ke tepi pantai, bermandi-manda setelah tahun lamanya berpantang. Maksud aku, menahan diri mendekati pantai dan laut. Apatah lagi untuk mandi. Aku kira, sejak Tsunami. Seronok juga bila bermandi-manda di pantai sambil melihat langit membiru di atas kepala. Aku juga berjaya menanam diri sendiri, tapi bukan sepenuhnya. Oh, bukan kerana takut bermesra dengan tanah tetapi ketam-ketam kecil mula mengigit. Hahaha. Kemerah-merahan jugalah betis, peha dan kaki aku disepitnya. Mungkin perbuatan membalas dendam sebab aku, suka makan ketam.



Sempat bergaya sebelum membasahkan diri...

Ini juga pengalaman kali pertama Miqhail di tepi pantai. Tidak seperti di tempat lain, Miqhail agak canggung. Dia takut. Ada baiknya, sebab taklah dia menerpa air laut itu. Dia cuma duduk di tepian bermain pasir ditemankan Along dan Mierza. Abah dan umi pula melihat dari pondok di kejauhan. Selesai bercanda di tepian pantai, kami pulang semula ke bilik. Aku tengok cermin dan melihat, muka sudah pun gelap. Hahaha. Bukan senang nak tengok muka aku gelap. Shahaini yang hitam-hitam manis, jarang sekali berlaku. Huhuhu.


"Apalah nak jadi budak-budak tu," umi dan abah.


Mierza di ribaan umi, Miqhail dalam dukungan abang Zamri


Main pasir ajelah ya...


Miqhail sangat tekun bermain pasir...


Mama pun tak lepas peluang bermain pasir?


Putera dan Puteri Lilin...


Santai di Pangkor...


Hmm...



Subhanallah...



Waktu malam menjelma. Disebabkan keletihan masih berbaki dan juga menghormati Ayuz yang mahu mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan Isnin nanti, kami satu famili berehat-rehat saja di bilik. Abah dan abang Zamri keluar mencari makan untuk 'anak-anak burung' agar tidak kebuluran. Aku? Mata memberat dan menerima panggilan alam mimpi untuk tidur.

Sedang asyik melayan tidur tanpa kehadiran sebarang mimpi, aku dapat dengar bunyi suara orang menyanyi. Tidak aku hiraukan. Tidur lebih penting. Namun, tidur aku tidak dapat diteruskan apabila lagu yang pernah dinyanyikan kak Ziana (Ziana Zain) menerjah ke telinga. Setiaku Di Sini. Bingkas aku bangun dan berlari memanggil Along di bilik sebelah.

"Along, jom teman aku... nak bagi bunga kat kakak yang nyanyi tu. Lagu Ziana Zain... ," pintaku dan terus menyanyikan sebaris lagu Setiaku Di Sini.

Along tak cakap banyak. Dia gelak saja. Hihihi. Aduyai. Agak bengong juga aku ini rupanya. Aku terus menyanyi dan biarkan along bersama anak-anaknya. Perlahan-lahan aku membuka jendela. Wah... ramai orang malam ini. Ada acara berbeku diiringi persembahan nyanyian. Lagu Ziana Zain selesai. Aku pun agak mengantuk. Huargghhh.


HARI KETIGA DI PANGKOR

Ya, pagi terakhir di Pulau Pangkor. Mengikut rancangan, kami perlu bertolak awal untuk mengelakan kesesakan di jeti. Sebelum bertolak, abah sempat keluar mencari sarapan. Kami yang lain, bersiap sedia sambil aku menonton filem Chaos Theory. Kisah yang menarik. Amat menarik. Selesai makan dan minum, kami pun bergeraklah ke jeti. Dek kerana terlalu awal, tidak ada masalah untuk menaiki feri. Tidak ada insiden tolak-menolak berlaku. Segala-galanya tenang.


siap sedia... mahu pulang


nak balik ke tak nak ni?


Kenapalah sekejap sangat?


tangga-tangga...


Mierza yang masih tidur...


panik... feri berhenti sekejap...


cari di bawah takde, tapi terselit di bahagian atas!


bila-bila dan di mana saja, mereka berdua bisa posing!


Miqhail, "selamat tinggal Pulau Pangkor"


Selamat tinggal Pulau Pangkor...ada rezeki, insya-allah datang lagi

Sampai ke jeti, sempat juga aku mengabadikan beberapa keping gambar yang diambil oleh Ayuz. Lain-lain? Ambil kesempatan ini untuk merembat apa yang ada. Maksud aku, beli-belah kali terakhir. Ayuz dan umi, keliling kawasan jeti itu dan membeli beberapa lagi cenderamata. Along dan keluarganya pun begitu. Aku, Mierza dan abah rehat di salah sebuah kedai minuman. Minum cendol dan ABC, di tengah hari yang panas. Wah, nyaman!


Amboi, banyak barang...

Hehehe...

melangkah pergi...
umi, aura untuk menjadi rambang mata

Serah tugas... Mierza berehat bersama angah
penghilang dahaga setelah...
puas ber'shopping'...
Sebelum sampai ke bangunan tempat letak kereta, ada satu peristiwa lucu berlaku. Sedang masing-masing tekun berjalan menuju ke dalam perut bangunan, tak pasal-pasal Miqhail terjerit-jerit macam terkena histeria. Semua jadi panik. Rupa-rupanya, dia takut guna lif. Kenapa? Sebelum ini, dia memang suka benar naik lif. Tetapi, semenjak hari dia terserempak dengan beberapa orang kulit gelap di UIA dahulu, dia jadi fobia dengan lif. Jadi, terpaksalah umi dan abah tunggu di bawah menemankan Miqhail. Along, abang Zamri dan Mierza pula naik kereta mereka. Hahaha. Nakal-nakal pun, ada penakutnya si Miqhail ni.
abah... yang cool
Miqhail... detik-detik mencemaskan
tangisan yang sukar ditampung telinga sesiapa pun... nyaring!

abah dan along... setakat mentertawakan Miqhail...hahaha
"Biasalah abang tu, overacting!" mungkin itu yang disampaikan mata Mierza
selamat... sedang dalam perjalanan pulang dengan kereta, bukan feri
selamat... akhirnya terlelap

sekejap saja, lepas tu... ray-ban angah diculiknya!
* Kali pertama dalam percutian famili, jurukamera bertugas lupa ambil gambar famili. Alahai!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku