Rimsha dan Rohingya...


Asia Bibi, Rimsha Masih.
DAN
Beirut, Rohingya.

Sebelum menerjah ke entri yang tersusun di ruangan blog ini, ingin aku bertanyakan satu soalan. Adakah kalian tahu, apakah kaitan di antara keduanya? 

Pada mata kasar, ia tidak mempunyai kaitan secara khusus. Asia Bibi, bukan dari Beirut dan Rimsha Masih bukan kanak-kanak perempuan Rohingya. Namun, jika diperhalusi, keduanya saling bersangkutan. Penganiayaan dan pembelaan. 

Ia bukan satu kisah terpinggir tetapi berjaya menghimpunkan perhatian dunia. Bukan. Bukan Beirut mahupun Rohingya. Seorang wanita atau seorang ibu di Beirut, tidak begitu besar harganya jika dibandingkan dengan Asia Bibi. Seorang kanak-kanak perempuan Rohingya tiada nilai berbanding Rimsha Masih. Perbandingan yang amat janggal. Individu dan komuniti. Apa yang membuatkan Asia Bibi dan Rimsha Masih lebih menonjol berbanding Beirut juga Rohingya?

Pembelaan.

Asia Bibi dan Rimsha Masih. Seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dengan penyakit Down Syndrome. Kedua-duanya dituduh melakukan penodaan agama. Agama Islam. Mampu menggegarkan dunia sehingga dicatatkan (Asia Bibi) sebagai sebahagian kisah dalam 'Blasphemy' tulisan Anne-Isabelle Tollet. 

Asia dituduh ingin 'meracuni' saudara Islam menerusi air telaga. Menambahkan ketegangan apabila dia turut dikatakan menghina rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga ke hari ini, nasib Asia masih menjadi tanda tanya. Selama itu jugalah, beribu-ribu nyawa wanita Islam tidak berdosa mati dibedil puak-puak yang memperjuangkan 'hak asasi' (kononnya!).


Jika Asia seorang wanita dan seorang ibu, Rimsha pula merupakan seorang kanak-kanak dengan Syndrome Down. Kesalahannya pula, membakar buku yang mengandungi ayat-ayat Al-quran. Seperti Asia, kisah Rimsha juga berjaya mendapat pembelaan dunia yang sekaligus menggelar Pakistan sebagai negara ekstremis ISLAM. Tetapi campur tangan dunia berjaya 'menyelamatkan' Rimsha dengan melanjutkan tempoh pembelaan. Dalam usaha menyelamatkan seorang Rimsha, beribu kanak-kanak perempuan Rohingya sebaya Rimsha mati dibunuh di Myanmar hanya kerana mereka adalah Islam.

Adakah ini definisi keadilan? 
Hak asasi kepada mereka yang bernama Asia dan Rimsha sahaja atau terhadap manusia seluruhnya?


Entri ini bukan mempertikaikan tindakan atau hukuman ke atas kesalahan penodaan agama. Aku tidak berhak untuk menilai hukuman dan keputusan ditimbangtara pembuat undang-undang yang terdiri dari manusia. Manusia cerdik pandai. Cerdik pandai mana sekalipun, akal manusia itu dangkal dan terhad! Entri ini sekadar ingin menyemak 'perjalanan' dunia. Hak asasi manusia dan relevan sebalik penggunaannya. 

Jika ia berkaitan dengan penodaan agama Islam, seluruh dunia membara. Mempertikaikan itu dan ini. Asia dan Rimsha hanyalah dua contoh kecil. Bagaimana pula dengan kesalahan lain yang terang-terang berlaku di Malaysia? Masih ingatkah kalian tentang video 'penghinaan' solat oleh sekumpulan pelajar (tidak mahu aku sebutkan agamanya). Hukumannya, bagaimana pula? Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula dengan video mempertikaikan hukum Hudud yang mana dibuat oleh ISLAM sendiri? Apa pula hukumannya? Kalau tak salah, para pemainnya masih bebas di luar sana. Betul tak?

Persoalannya sekarang, kenapa umat Islam membenarkan agama ini dijadikan sebagai BELASAHAN. Apabila dijentik barulah celik?

Bukankah sudah tiba masanya negara-negara Islam bersatu dan bergabung untuk membentuk perlindungan demi memelihara kesucian agama Islam?
Berapa lama harus Islam bertahan dan menerima penghinaan terhadap Allah dan kekasihnya, Muhammad S.A.W? 
Tidak cukupkah karya 'kreatif' Geert Wilders dan Sam Bacile mencederakan sentimen masyarakat Islam?
Atau, seharusnya kita terus membuka peluang untuk mewujudkan sejuta Wilders dan berjuta Bacile?

Kemarahan, tidak puas hati dan kekecewaan disalurkan di atas kertas, di kain-kain rentang dan petisyen. Hentikan penayangan filem "Fitna" dan "Innocence Of Muslims" dari sesawang Youtube. Adakah ini mencukupi? Cukup untuk membuatkan Youtube menghentikan segala-gala muat-naik video yang serupa? Tidak! Kalau benar ia mampu, tidak akan ada video Fitna dan tidak akan ada Innocence of Muslims. 

Lagi aku bertanya, harus sampai bila kita membiarkan penghinaan terus merajalela?

Inilah jurang perbandingan yang aku ingin tekankan. Pembelaan Islam yang tidak kesampaian. Kalah. Perjuangan untuk memelihara kebesaran Allah dan kemuliaan Muhammad S.A.W, kecundang dengan usaha pembelaan seorang Asia Bibi dan Rimsha Masih. 

Kenapa mereka masih mampu menyelamatkan Asia dan Rimsha. Ia terletak kepada kesatuan dan ketegasan. Yang mana tidak ada pada kita. Kita leka dengan hiburan (termasuklah aku), taksub dengan kuasa (politik) dan seronok dengan mandian duniawi (harta).

Soal aku sekali lagi, apakah kita tidak mampu memelihara kesucian Islam?



Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku