Estima atau Audi Q7?

Jangan salah faham, entri kali ini tidak ada kena mengena dengan ulasan Estima atau Audi. Memang ia kerja lapangan aku, tapi bukan untuk disumbatkan dalam blog ini. Entri yang aku karang ini cuma sekadar perkongsian. Mungkin, ada yang meminati kedua-dua kenderaan ini. Maksud aku, pasti ada yang meminati Estima dan Audi, bukan? 

Eh, bercerita tentang kereta pula hari Jumaat ni? Hahaha. Mahunya tidak, tiap-tiap hari pasti akan terserempak dengan kereta Toyota yang ala-ala rumah mini bergerak ini. Sejak mula terpandang, jatuh cinta dibuatnya! Badan yang solid, ruang yang luas. Wah, siapa yang tak mahu?

Pagi tadi, terbaca pula satu artikel tentang Audi Q7. Ya. Tak kurang hebatnya. Menawan. Sangat gagah. Haish, macam mana ni? Estima atau Audi Q7?

Solid!
Macho!
Kalau dulu, Harrier pernah menjadi kegemaran hatiku tetapi kini tidak lagi. Sukar betul untuk menafikan kecintaan aku terhadap Estima! Ditambah pula, hampir setiap hari aku membaca artikel tentang Estima. Adoih, godaan! Bila agaknya dapat merasa untuk memilki sebuah Estima ya? Berangan sahaja tak mencukupi. Usaha itu perlu ada!

Benar. 

Tanpa usaha, angan-angan tidak akan membawa kita ke mana-mana tetapi adakah kita sedar, bahawa manusia terlalu banyak menghabiskan masa dengan tamak bermimpi? Mimpilah sesuatu yang besar. Jangan mimpi yang kecil-kecil. Manusia yang berani, adalah mereka yang berani bermimpi perkara-perkara BESAR!
Mimpi kereta besar, rumah besar, gaji besar, pangkat besar, bini-bini besar dan dosa pun besar-besar?

Dalam keasyikan mengecapi mimpi dan impian yang besar-besar ini, adakalanya manusia lupa. Lupa dan mengabaikan apa yang paling besar. Allah. Tiada yang lebih besar melainkan Dia. Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Benar, bukan?

Tidak salah kalau kita bermimpi yang besar-besar dan dalam masa sama, melakukan perkara yang besar-besar juga untuk jadi bekalan di akhirat kelak. Demi mengecapi keselesaan dalam hidup, amal dan ibadah jauh ditinggalkan. Apabila satu mimpi dapat dipenuhkan, akan datang lagi satu mimpi dan impian yang lain.Impian yang lebih besar kerana hakikatnya, manusia tidak pernah puas. 

Adakalanya, manusia alpa untuk melaksanakan tanggungjawab. Menyediakan ilmu yang besar kepada generasi akan datang yang juga zuriat kita sendiri. Tak hairanlah golongan belia, anak-anak remaja tak kurang juga yang masih di sekolah rendah menganggap isu agama sesuatu yang sangat remeh. Salah siapa?

Harap ini bukan golongan zuriat kita ya
Di hari Jumaat ini, cuba kita renungkan bersama untuk seketika. Adakah rumah banglo di dunia ini akan kekal berada di akhirat nanti? Apakah Estima atau Audi Q7 menjadi kenderaan tunggangan di padang Mahsyar kelak? TIDAK. Yang membantu manusia di akhirat adalah amal ibadat!

Dalam kehidupan yang sementara ini, kita haruslah bijak dalam memberi keseimbangan antara dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub untuk satu-satunya. Kalau diberikan rezeki yang melimpah, tidak salah untuk memiliki dan menikmati, cuma jangan alpa. Bila kedua-duanya seimbang, bukankah lebih bahagia dunia dan akhirat?

Allah Maha Besar
* peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan sekalian. Adakalanya, kita rela jadi hamba kepada harta dunia dan sombong untuk menghambakan diri kepada Allah. Wallahualam. Buat masa ini, aku sangat bersyukur dengan Myvi, si Lolly!

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku