Barah Otak : Satu Perkongsian

Cik Medula sering mengadu sakit-sakit. Aku pun hairan juga. Mungkin cik Medula banyak sangat berfikir. Tambah pula, tugasan yang memerlukan khidmat cik Medula untuk bekerja keras. Kalau tidak, mutu kerja tergugat. Maklumlah, majalah tempat cik Medula bertugas sekarang sedang menjadi pesaing hebat kepada majalah-majalah sedia ada dan juga menerima persaingan dari yang baru nak menjengah pasaran. Kerja keras dan tumpuan seratus-peratus dari cik Medula amat penting. 

Ini otak manusia dan juga otak cik Medula!
Selain di pejabat, keringat cik Medula diperah sehabis-habisnya di rumah dalam melaksanakan hobinya pula. Apa lagi kalau bukan, lambakan manuskrip. Buat masa ini, semuanya sedang tergendala. Cik Medula beri ruang untuk dirinya bernafas dengan selesa. Alhamdulillah, agak berkesan. 

Namun, cik Medula bukanlah muda usianya. Kebelakangan ini, kesihatan cik Medula kembali tidak memuaskan. Ada masanya pertuturannya terganggu, pandangan kabur-kabur dan juga meloya nak muntah. Pelik, bukan? Kalau dah berkahwin, itu antara simptom-simptom ibu mengandung. Alahai, mestilah aku tahu. Dalam drama selalu tunjuk, bukan? Mustahil cik Medula mengandung sebab dia masih bujang!

Dek kerana aku sangat sayangkan cik Medula, carian di google tentang simptom-simptom tadi terus dibuat. Oh ya, maksud aku, bukanlah tak ada orang sayang cik Medula, cuma sayang aku pada dia melebihi sayang orang lain! Hahahaha. Lucu? Tak. Itulah hakikat. Buat apa aku nak tipu? Tak dapat apa-apa faedah pun.

Aku terbaca beberapa artikel; simptom-simptom barah otak/ ketumbuhan otak/kanser otak. Secara ringkasnya, aku senaraikan seperti yang berikut (ramai malas nak baca padahal, menerusi pembacaan ilmu dan pengetahuan dapat diperolehi!

  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala

  • Bacaan lanjut, tekan di sini. (Kalau nak tahu, jangan MALAS!)

    Menerusi pembacaan sesingkat ini, aku tak rasa cik Medula berkemungkinan ada masalah barah, ketumbuhan atau kanser! Mungkin, kebetulan. Betul tak? Atau pun, disebabkan banyak sangat keringat cik Medula diperah. Maaf cik Medula, tapi cubalah berehat sementara waktu. Lama lagi aku nak pakai kau! Hahaha.
    DIbedah, dilapah dan inilah dinamakan... pembedahan!
    * Ini sekadar perkongsian maklumat. Bak kata doktor aku, jangan terus percaya maklumat di internet. Anggap maklumat internet ini sebagai pemberitahuan dan peringatan. Sekiranya ada simptom-simptom di atas, sebaiknya buat rawatan dengan doktor. Jangan pandai-pandai jadi doktor sendiri. Hahahaha. Doktor, anda sangat EPIK!

    Popular Posts

    Karyaku

    Karyaku
    Peristiwa Malam (Cerpen)

    Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

    Fajar Pakeer

    Fajar Pakeer
    Rindu Pada Matahari (Novel)

    Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

    Ada Yang Lain (Dwilogi)

    RTM

    RTM
    Yang Terindah

    Arah Lain Ke Syurga

    Magic Bean

    Magic Bean
    Sayang Kita Sampai Bila Bila

    Kau Simfoni Hatiku