Sesuatu Yang Tidak Sempurna...

Setiap manusia pasti ada perkara yang wajib dilakukan sebelum memulakan hari yang baru, apatah lagi apabila hendak keluar dari rumah. Begitu juga dengan aku. Bukan aku sengaja untuk tidak melakukannya, tetapi kesuntukan masa. Hendak cari masa di pejabat untuk melaksanakannya, aku tak mampu. Tambah pula dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang. Yang datang bertandang tapi tak pulang-pulang.

Maaflah, bukan berniat untuk menjadi tuan rumah yang kurang adab dan sopan. Tapi, apakah relevannya datang dan menghabiskan masa di pejabat orang lain tanpa berbuat apa-apa juga tanpa sebarang urusan? Bukankah ianya menambahkan masalah. Itulah tabiat manusia. Suka menambahkan masalah dari mencari cara untuk mengurangkannya. 

Berbalik kepada perkara yang tidak sempat aku lakukan sebelum keluar dari rumah tadi, berharap agar punya ruang waktu untuk melaksanakannya sebelum menjelang 12 malam. Sungguh tidak sempurna rasanya diri, melangkah keluar tanpa melaksanakannya. 

Kalian pula bagaimana, ada apa-apa perkara yang tidak sempat dilakukan tadi? Kalau ya, sama-samalah kita cari masa dan ruang untuk melaksanakannya. Cuba untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama. Ayuh, kita berjanji! Boleh?

Kitab yang paling lengkap; Al Quran
* Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Quran di dalamnya seumpama kubur yang gelap, sunyi dan sepi! - petikan dari blog Mr Saipol Barin

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku