Berfikir itu JENAYAH!

Sekeping gambar, seribu erti. Adakah ini Malaysiaku kini?
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang dibangkitkan dan pantas menjadi trending bukan setakat di Malaysia, malah heboh sehingga satu dunia. Apakah Malaysia perlukan hal-hal begini untuk seringkali tersenarai dalam worldwide trending? Macam-macam perkara dan tidak hanya terhad untuk kisah-kisah remeh ini turut diikuti dengan hal-hal besar dan menggugat ketenangan. Haih, apa dah jadi Malaysia?

Ada yang bertanya, apa masalah aku dengan hal-hal sebegini?

Masalahnya, aku antara orang-orang yang sering kali berfikir dan tidak duduk goyang kaki, berpeluk tubuh dan menanti apa sahaja seadanya. Bukankah kita sebagai manusia berhak untuk meluahkan rasa marah dan juga tidak puas hati. Itu pun kena dengan caranya. Bukanlah bermaksud menghentam, menjerit, memekik, aku cuma sekadar meluahkan rasa dengan bertanya. Di mana? Di ruang media sosial. Bukankah itu tujuannya?

Selain berfungsi menyebarkan segala gosip-gosip terkini dan juga mengkritik kejadian itu dan ini, bukankah elok kalau ia dijadikan platform untuk berkongsi pendapat dan meluahkan rasa. Tidak. Aku tidak menyarankan agar masing-masing meluahkan satu bentuk provokasi. Sebaliknya, berbincang kerana mungkin berfikir sendiri kita tidak mendapat melihat atau membuat pertimbangan yang bijak. Ada masanya, pandangan dan pendapat orang-orang yang lain sangat berguna dan boleh diguna pakai. Itu yang aku maksudkan.

Malangnya, tidak kiralah sama ada kau meluahkan pendapat dan tidak bersetuju untuk sesetengah perkara, pasti ada sahaja pihak yang menuduh dan mengaitkannya dengan macam-macam hal. Tidak cukup dengan hal agama, bangsa, politik juga dikaitkan. Hello! Boleh tak untuk seketika, tolak itu semua ke tepi dan tumpukan kepada masalah itu sendiri? Kenapa perlu dikaitkan dengan itu dan ini? Sekarang, giliran aku bertanya. Apa masalah kalian?

Situasi Malaysia hari ini, buat aku teringat satu dialog dalam Filem Enthiran. Apabila sekumpulan pelajar bertanya, kenapa Chitti (robot) dihapuskan. Kemudian dijawab sendiri Chitti;

"Naan sinthikka arambichitten"
(aku mula berfikir)
Bila kita mula berfikir, pastinya akan diluahkan tapi dengan situasi hari ini, sesiapa yang meluahkan pandangan dan rasa masing-masing, tak pasal-pasal dilabel sebagai penderhaka dan tidak mengenang budi. Yang diharapkan, agar rakyat menerima segala keputusan dengan hati terbuka tanpa berdecit sedikit pun. Kalau ada, harap biarlah kekal di ruang fikir. Atau terima sahaja apa adanya kerana, berfikir itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai satu JENAYAH!


Nak tak nak, nak tak nak, GST tetap dilaksanakan!

Semalam berpeluang menonton beberapa minit filem Jaihind 2, lakonan Arjun. Satu adegan yang aku kira sangat relevan dengan Malaysia di mana pengetua sekolah swasta memberikan penjelasan tentang bayaran yuran yang perlu dilangsaikan si ayah. Apabila terdengar duit pembiayaan bangunan baru, si ayah bertanya;

Bapa : Bayaran bangunan baru? Apa kena mengena dengan pembelajaran anak saya?

Disebabkan soalan ini, si pengetua panggil sekuriti dan halau si ayah, si ibu dan anaknya keluar. Anak mereka hanya dibenarkan kembali ke sekolah setelah bayaran dilangsaikan.

Kalau dihalusi semula adegan ini, bukankah si ayah berhak untuk mendapat informasi tetapi si pengetua bukan sahaja enggan menjawab malah menghalau dia keluar. Hmm.

Apa yang relevan dengan situasi di Malaysia? Mudah sahaja. Ini pertanyaan aku dan harap, jangan ada pihak halau aku keluar dari Malaysia.

"Kenapa rakyat perlu bayar perkara yang tidak mereka gunakan?"

Popular Posts

Karyaku

Karyaku
Peristiwa Malam (Cerpen)

Kasih Di Hujung Nafas (Cerpen)

Fajar Pakeer

Fajar Pakeer
Rindu Pada Matahari (Novel)

Hatimu Hatiku Jadi Satu (Mini Novella)

Ada Yang Lain (Dwilogi)

RTM

RTM
Yang Terindah

Arah Lain Ke Syurga

Magic Bean

Magic Bean
Sayang Kita Sampai Bila Bila

Kau Simfoni Hatiku